Input your search keywords and press Enter.

Sean Lee Menjadi Pelakon Pertama Malaysia Dalam Filem Warner Bros

Warner Bros. Pictures mengesahkan memilih suara milik bakat Malaysia buat pertama kali untuk menyertai filem “DC League of Super-Pets” yang terbaharu. Selebriti dan pelakon berbakat besar, Sean Lee akan menyumbangkan suaranya kepada karakter Waffles dalam filem aksi-pengembaraan animasi yang akan ditayangkan di pawagam bermula 28 Julai 2022.

Sean Lee mula dikenali menerusi siri drama “The Hotel”, “Romantika 4 Hari 3 Malam” dan “Jujurlah Nikahi Aku”. Kini, bakat mambawanya ke studio Hollywood berprestij dengan peluang untuk menyumbangkan suara dan menghidupkan watak Waffles, iaitu seekor anjing Terrier Boston yang tinggal di Metropolis.

“Saya bersyukur kerana impian masa kecil untuk menjadi suara kepada watak dalam filem animasi kini menjadi kenyataan dan sangat berbesar hati dapat mewakili Malaysia dalam suntingan khas filem antarabangsa ini!” kata Sean Lee selepas menerima tawaran keemasan tersebut.

Walaupun hanya bahagian “kele-feh” yang kecil, namun Sean Lee sangat teruja dan menyuntikkan latar belakang tersendiri kepada Waffles. Anak kelahiran Subang Jaya itu membayangkan Waffles sebagai anjing yang sangat jujur dari Subang Jaya, Malaysia, dan dibawa oleh pemiliknya berpindah ke Metropolis sebagai ekspatriat. Sesuai dengan latar belakangnya, maka Waffles mempunyai loghat Malaysia yang agak pekat.

Dalam “DC League of Super-Pets”, Krypto the Super-Dog berkawan baik dengan Superman, berkongsi kuasa luar biasa yang sama dan berganding bahu memerangi jenayah di Metropolis. Apabila Superman dan seluruh ahli Liga Keamanan diculik, Krypto mesti meyakinkan pasukan pelindungan seperti Ace, si anjing pemburu; PB, si babi gendut; Merton, si kura-kura dan Chip, si tupai untuk menguasai kuasa sebenar mereka dan membantu menyelamatkan wira-wira tersebut.

“DC League of Super-Pets” dibintangi oleh barisan nama besar Hollywood seperti Dwayne “The Rock” Johnson, Kevin Hart, Kate McKinnon, John Krasinski, Vanessa Bayer, Natasha Lyonne, Diego Luna, dan Keanu Reeves.

Lee juga terkenal kerana membintangi banyak produksi tempatan termasuk drama bersiri The Hotel, Romantika 4 Hari 3 Malam, dan 7 Hari Mencintaiku 3.

Foto: Warner Bros. Pictures Malaysia

Sumber: Lelaki Glam