Input your search keywords and press Enter.

MMA Nasihatkan Orang Ramai Kekal Pakai Mask

M Update, 09/09/2022 – Orang ramai dinasihatkan supaya terus mengekalkan pemakaian pelitup muka walaupun peraturan mengenainya sudah dilonggarkan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai, berkata ia kerana pemakaian pelitup muka mampu menghalang penularan jangkitan sebaran udara, selain COVID-19.

Malah, katanya, negara ketika ini berdepan jumlah kes jangkitan influenza yang tinggi.

“Penggunaan pelitup muka akan membantu mengawal penularan (penyakit bawaan udara) termasuk influenza. Kita masih perlu kekal berwaspada dan sentiasa menyediakan pelitup muka ketika memerlukan.

“Saya yakin rakyat kita cukup matang untuk memahami tanggungjawab sosial selepas berperang dengan COVID-19 lebih dua tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Kita masih perlu kekal berwaspada dan sentiasa menyediakan pelitup muka ketika memerlukan.

“Saya yakin rakyat kita cukup matang untuk memahami tanggungjawab sosial selepas berperang dengan COVID-19 lebih dua tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam. – Berita Harian