Input your search keywords and press Enter.

Enam Kenderaan Rosak Teruk Tangki Air Pecah

M Update, 28/10/2023 – Tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok pangsapuri di Taman Mas, Sepang pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam kejadian 7.15 petang itu serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok pangsapuri terbabit.

Foto Ihsan PDRM

Beliau berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.

Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu.

Foto Ihsan PDRM

Penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans,” katanya. – Berita Harian