Input your search keywords and press Enter.

PRU15: Kebanyakan Harga Tiket Penerbangan Turun

M Update, 28/10/2023 – Purata tambang penerbangan domestik sehala sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), yang beroperasi pada tarikh 16 hingga 20 November ini menunjukkan penurunan.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim, berkata pemerhatian terkini suruhanjaya itu pada 25 Oktober lalu menunjukkan kebanyakan tambang penerbangan sepanjang tempoh perjalanan PRU15 menyusut selepas lonjakan awal berikutan pengumuman tarikh PRU15.

Beliau berkata, ia merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara dalam Semenanjung ialah RM185.

Katanya, purata tambang penerbangan bagi laluan udara dalam Malaysia Timur pula ialah RM188 dan manakala RM296 bagi laluan udara antara Semenanjung dan Malaysia Timur.

“Pemerhatian suruhanjaya menunjukkan syarikat penerbangan memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun bagi tambang penerbangan untuk memudahkan pengguna bagi tujuan ini.

“Terdapat juga skim diskaun sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan khusus untuk pelajar dan ini dapat membantu pengundi muda balik mengundi.

“Industri penerbangan sudah menunjukkan sokongan bagi memudahkan pengundi menunaikan kewajipan mereka tanpa beban tambang penerbangan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia boleh ditambah baik dan penting untuk syarikat penerbangan berperanan untuk negara dalam tempoh kritikal ini.

Pada masa sama, beliau berkata, analisis MAVCOM turut menunjukkan terdapat beberapa laluan udara sehala yang mempunyai tambang melebihi harga purata.

Berikutan itu, katanya, suruhanjaya menggesa syarikat penerbangan menambah lebih banyak kapasiti di laluan terbabit memandangkan permintaan yang tinggi sepanjang tempoh PRU15.

Saripuddin berkata, MAVCOM juga meminta syarikat penerbangan menambah kapasiti bagi laluan udara yang beroperasi semasa tempoh tarikh perjalanan penerbangan PRU15 bagi memastikan sejumlah penerbangan tersedia ke pelbagai destinasi domestik pada harga yang berpatutan.

“Sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi industri penerbangan, suruhanjaya komited untuk meluluskan semua permohonan laluan bagi tujuan PRU15 dan dalam melaksanakan mandat yang diberikan kepada suruhanjaya untuk kepentingan negara.

“Berdasarkan data yang dikemukakan kepada MAVCOM, semua syarikat penerbangan tempatan sudah membuat perancangan untuk menambah penerbangan sempena PRU15 mulai November 2022 menggunakan sumber yang sedia ada.

“Penerbangan tambahan yang dirancang termasuk 45 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke lokasi-lokasi terpilih di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 30 penerbangan tambahan dirancang ke destinasi terpilih di Semenanjung khusus bagi penerbangan yang beroperasi dari Subang manakala sebanyak 68 penerbangan tambahan dirancang untuk penerbangan antara Semenanjung dan Malaysia Timur.

Katanya, Malaysia Airlines turut mengatur pelan untuk meningkatkan kapasiti ke destinasi utama di Semenanjung dan Malaysia Timur menggunakan pesawat Airbus A330 (wide-body) bagi menampung permintaan yang tinggi semasa tempoh perjalanan PRU15.

Saripuddin berkata, selain itu, terdapat penerbangan tambahan yang dirancang ke destinasi terpilih di Malaysia Timur bawah program Perkhidmatan Udara Luar Bandar, serta lima penerbangan tambahan yang dirancang antara Subang dan Seletar di Singapura.

“MAVCOM mengalu-alukan pelan tindakan ini oleh syarikat penerbangan. Penambahan kapasiti yang dirancang mungkin berubah menghampiri tarikh pilihan raya bergantung kepada sebab operasi dan permintaan pasaran keseluruhan.

Bagaimanapun, suruhanjaya akan memantau perkembangan industri dengan teliti untuk memastikan pene

“Bagaimanapun, suruhanjaya akan memantau perkembangan industri dengan teliti untuk memastikan penerbangan ditawarkan pada harga yang berpatutan dan adalah mencukupi serta tersedia bagi memenuhi permintaan penerbangan bagi PRU15,” katanya.