Input your search keywords and press Enter.

Presiden Pas, Hadi Awang Beri Keterangan Di IPD Sentul

Foto: Bernama

M Update, 05/12/2022 – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.

Hadi tiba pada 2.56 dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire ditemani beberapa individu lain.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa, selain turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu ‘tidak bermoral’.

Abdul Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah ‘untuk menang dengan apa cara sekalipun’.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulis dalam Harakah, ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara. – Harian Metro