M Update, 06/12/2022 – Pelakon dan model Nasha Aziz sangat menjaga prinsipnya yang tidak mahu menggayakan pakaian yang mendedahkan badan.
Nasha mendedahkan dia pernah melarikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa gara-gara perlu memakai bikini turut melanggar prinsipnya sebagai seorang model.
“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.
“Saya lihat semua model di situ memakai bikini kerana konsep diberikan adalah tepi pantai. Saya pun berlari keluar dari bilik uji bakat dan memberitahu tidak mahu menjadi model,” katanya.
“Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.
Nasha, sangat berpegang kuat terhadap prinsip dan rezeki, dia tetap diberi peluang untuk beraksi tanpa perlu memakai pakaian mencolok mata pada uji bakat itu. Kata Nasha, pihak klien yang meneliti profilnya tetap berminat untuk mengambilnya sebagai model dan membenarkan dia memakai pakaian lebih sopan untuk menjalani sesi uji bakat.
Sejak daripada itu, Nasha percaya dengan bakat dikurniakan kepada dirinya tanpa perlu melanggar prinsip yang dipegang sepanjang bergelar seorang model.