Input your search keywords and press Enter.

Bekas Kapten Bola Sepak Diselamatkan Dari Gua Thailand Meninggal Dunia di UK

M Update, 16/02/2023 – Duangpetch Promthep, seorang daripada kanak-kanak yang diselamatkan dari gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand pada Jun 2018 lalu, meninggal dunia di United Kingdom.

Duangpetch, 17, lebih dikenali sebagai ‘Dom’ adalah kapten pasukan ‘Wild Boars’.

Berita kematiannya dikongsi oleh seorang sami yang mengajar kanak-kanak lelaki di wilayah Chiang Rai, di utara Thailand dalam status media sosialnya.

“Duangpetch Promthep kini sudah pergi ke dunia lain,” tulis Supatpong Methigo di Facebook.

Saya harap dia akan dilahirkan semula dan kembali menjadi pelajar saya dalam kehidupan akan datang,” katanya.

Reuters tidak dapat mengesahkan punca kematian Duangpetch, namun menurut nenek mangsa, dia mengalami kemalangan.

Bekas kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang, menyifatkan Duangpetch sebagai seorang lelaki yang sopan dan baik hati dan bercita-cita mahu bermain bola sepak untuk negaranya kelak.

“Saya mahu melihat impiannya tercapai, tetapi berehatlah Dom,” tulisnya dalam Instagram.

Pada Jun 2018, dunia digemparkan dengan berita kanak-kanak lelaki berusia 11 hingga 16 tahun dan penolong jurulatih mereka, 25, memasuki gua Tham Luang namun tidak dapat patah balik selepas terperangkap dalam banjir.

Semua mangsa ditemui sembilan hari kemudian iaitu empat kilometer dari pintu masuk gua.

Insiden seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana menyaksikan seorang penyelam Thailand meninggal dunia ketika proses mencari dan menyelamat dilakukan. – Berita Harian