Input your search keywords and press Enter.

Bank Islam Tawar Moratorium Hingga 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

M Update, 08/03/2023 – Semalam, tiga bank telah bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di negeri Johor. Hari ini, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) turut mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan yang terjejas dengan bencana banjir.

Walau bagaimanapun, permohonan penangguhan ansuran bayaran ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku.

Selain itu, Bank Islam ada kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus untuk pelanggan pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

Kemudahan moratorium buat pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

Bagi yang ingin membuat permohonan Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian atau dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/ bagi mengetahui maklumat lanjut.