Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif Rahmah Untuk Peralatan Persekolahan Diteliti

M Update, 09/03/2023 – Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup ketika ini. Januari lalu, kerajaan telah melancarkan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan harga makanan RM5 dan ke bawah.

Menu Rahmah semakin mendapat sambutan positif dan disertai banyak peniaga dan pengusaha makanan. Ini dapat membantu setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan pendapatan mahupun taraf kehidupan rakyat.

Terbaru, inisiatif berkonsepkan Menu Rahmah dalam bentuk bantuan peralatan persekolahan bagi membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah dijangka bakal dilaksanakan tahun hadapan. KPDN masih meneliti dan akan mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan bagi menjayakannya. Buat masa ini, KPDN mahu fokuskan pada Menu Rahmah terlebih dahulu.

Walau Bagaimanapun, bantuan persekolahan masih disalurkan menerusi program Kembali ke Sekolah (Back to School) yang dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub