Input your search keywords and press Enter.

Mesin Layan Diri IPR Bakal Diperluas Di Universiti, Hospital

M Update, 15/03/2023 – Mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan diperluas di beberapa universiti, hospital serta pejabat swasta.

Perancangannya, mesin layan diri ini diletakkan di tempat awam, kawasan tumpuan atau lokasi yang dilihat mempunyai pembeli berskala besar (seperti di kampus).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata beberapa tempat sedang dimuktamadkan di seluruh negara bagi meletakkan mesin tersebut. Beliau menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) pada tahun ini.

Menerusi insiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat yang telah dipilih dan akan menerima sewaan bulanan serta dibayar terus kepada penyedia mesin layan diri antara RM600 hingga RM800 bergantung kepada jenis mesin.

Pihaknya akan melancarkan mesin itu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor pada 21 Mac ini selepas pelajar kembali ke kampus.