M Update, 20/03/2023 – Kebiasaanya kita dengar kantin sekolah akan ditutup pada bulan Ramadan. Ini kerana menghormati bulan Ramadan itu sendiri. Akan tetapi bagaimana pula dengan pelajar bukan Islam? Mereka tidak terbabit dalam amalan ibadah berpuasa seperti orang Islam.
Oleh itu, menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tiada masalah untuk pihak sekolah meneruskan operasi kantin sekolah pada bulan puasa dengan mendapat persetujuan PIBG dan pengusaha kantin sekolah bagi menyantuni murid yang bukan Islam.
Mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hanya melihat anak-anak orang Islam berpuasa, jadi biarlah mereka meneruskan aktiviti masing-masing. Ini kerana adalah tidak wajar memaksa murid-murid untuk berpuasa. Jadi, kita perlu memaklumkan pada anak-anak (bukan Islam) bahawa Ramadan adalah bulan ibadah serta memberi ruang kepada mereka untuk mengikuti ibadah ini tanpa meminggirkan mereka.