Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Malaysia Jadi Mutawif PM Dan Delegasi Tunai Umrah

Foto: Bernama

M Update, 23/03/2023 – Seorang pelajar Malaysia di Jeddah Mohamad Zarid Misbari, 25, pelajar jurusan syariah di Universiti King Abdul Aziz teruja apabila dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah semalam.

Beliau mengganggap peluang membimbing perdana menteri melaksanakan ibadat umrah sebagai satu pengalaman berharga. Berpengalaman menjadi mutawif selama lebih kurang dua tahun untuk jemaah umrah. Beliau juga telah empat tahun melanjutkan pelajarannya di Jeddah di bawah tajaan kerajaan Arab Saudi dan merupakan anak jati Bera, Pahang. Pemilihannya sebagai mutawif melalui Konsulat Malaysia di Jeddah.

Foto: Bernama

Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri  Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, 6.40 pagi waktu tempatan semalam.

Sebaik tiba, beliau dan delegasi terus bergerak ke Mekah untuk melaksanakan ibadat umrah terlebih dahulu dan selesai mengerjakan ibadat sunat berkenaan kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.

Foto: Bernama

Sepanjang lawatan rasmi tiga hari ini, perdana menteri juga dijadual menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi di Istana Al Salam. – Bernama