Input your search keywords and press Enter.

Jual Makanan Basi, Hangit Haram Hukumnya – Mufti Pulau Pinang

M Update, 27/03/2023 – Tular beberapa hari lepas kisah roti John dan Murtabak hangit. Tak kurang juga ada yang kongsi mereka membeli makanan yang sudah basi. Harga makanan yang dibeli juga tidak sepadan dengan harga.

Menurut Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan bahawa hukum seseorang peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi adalah haram.

Wan Salim berkata, peniaga yang menjual makanan sedemikian bukan sahaja terpalit dalam penipuan transaksi jual beli malah ia termasuk dalam pengertian memakan harta orang secara salah.

“Terdapat juga hadis yang bermaksud sesiapa yang menipu barang-barang jualannya maka dia bukan umat kami.

“Jadi saya menyeru peniaga supaya bertimbang rasa terhadap pembeli dan janganlah mengambil kesempatan daripada keperluan orang ramai terutama makanan bagi dimakan ketika berbuka puasa.

Bulan Ramadan ini adalah peluang keemasan bagi peniaga mencari pahala daripada Allah SWT. Berniagalah dengan jujur. Orang yang jujur ni rezeki dia melimpah ruah.