Input your search keywords and press Enter.

Bayaran STR Bermula 5 April Ini

M Update, 30/03/2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima mulai 5 April ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam.

Manakala pembayaran fasa ketiga  pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober depan.

Sebelum ini, Anwar meminta Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan supaya menyegerakan pengagihan pembayaran STR dipercepatkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri. Ini supaya dapat meringankan golongan memerlukan.