Input your search keywords and press Enter.

Kaum Majoriti Negara Ini Diingatkan Jangan Angkuh Dan Terlalu Selesa

M Update, 04/04/2023 – Kaum Melayu Islam di negara ini diingatkan agar tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kelompok yang lain. Selain itu, dalam menjaga kepentingan majoriti Melayu Islam di Malaysia, prinsip saling menghormati dan hak semua rakyat perlu dijaga.

Menurut Perdana Menteri lagi, kaum majoriti negara ini perlu mengambil pengajaran daripada kerajaan Kemboja yang meraikan masyarakat Islam minoriti di negara itu. Ini adalah kerana Kemboja yang majoritinya dianuti oleh masyarakat Buddha tetapi meraikan sekumpulan minoriti Islam yang hanya 10 peratus dengan mengadakan program iftar serta melantik menteri Islam.

Perdana Menteri berkata sikap selesa dan angkuh bukan dianjurkan dalam pengajaran serta pedoman Rasullah SAW sebagaimana Perjanjian Madinah yang menyatupadukan semua pihak asalkan patuh kepada peraturan, Perlembagaan serta tidak memerangi majoriti. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim