Input your search keywords and press Enter.

LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup Bermula Hari Ini, Dron Dilarang

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 19/05/2023 – Ruang udara Langkawi akan ditutup bermula hari ini sehingga 27 Mei ini sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’23).

Pengoperasian dron juga dilarang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Langkawi dalam tempoh tersebut.

Selain itu, pengoperasian dron tanpa kelulusan dibimbangi akan menggangu latihan dan pertunjukan udara sepanjang penganjuran LIMA ’23.

Pameran LIMA ’23 akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini, dengan lebih 600 syarikat dari 60 negara dijangka mengambil bahagian. Pameran LIMA kali terakhir dianjurkan pada 2019, dan selepas itu ia ditunda ekoran negara dilanda Covid-19.

Diharap LIMA’23 akan berjaya seperti penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) pada tahun lalu.