Input your search keywords and press Enter.

Pegawai Polis Buat Hal Lagi,

M Update, 19/06/2023 – Inspektor polis yang mencemuh dan menghina anggota polis pangkat bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis lalu sekali lagi mencetuskan kekecohan.

Pegawai polis sama yang bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 5.30 petang kelmarin itu, seorang wanita membuat laporan di IPD Brickfields, antara lain mendakwa pegawai berkenaan memarahinya dan keluarga selain turut menuding jari ke arah kepalanya. Pegawai polis wanita itu juga dikatakan mengeluarkan kata-kata rasis dan memperlekehkan pakaian pengadu.

Susulan itu, pihak polis semalam mengesahkan menerima satu laporan polis terhadap seorang pegawai polis wanita yang dipercayai terbabit mencetuskan pertengkaran di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di ibu negara.

Pegawai polis itu disiasat serta dikenakan tindakan tata tertib. Penilaian kesihatan mental terhadapnya juga dijalankan.

Pegawai polis wanita terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya. Wanita berpangkat inspektor itu ditahan ketika hadir di IPD Gombak untuk dirakam percakapan berkait siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, semalam.