M Update, 22/06/2023 – Pegawai polis yang menimbulkan kekecohan kerana menghina anggota polis pangkat rendah dan melakukan ugutan jenayah terhadap orang awam baru-baru ini sudah pun digantung tugas.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, setakat ini terdapat dua kertas siasatan polis dibuka terhadapnya, masing-masing satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.
Proses rakam percakapannya sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Selain itu, terdapat enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Kes kedua apabila pegawai polis ini mencetuskan kekecohan di parkir pusat beli-belah di Brickfields dengan melakukan ugutan jenayah kepada orang awam.
Sebelum itu pegawai berkenaan menerima kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya memperlekehkan seorang lagi anggota berpangkat lans koperal dalam kejadian sekitar Gombak, Selangor.
Moga pegawai ini dikenakan tindakan sewajarnya agar menjadi pengajaran kepada yang lain.