Input your search keywords and press Enter.

Pelatih IPG Terima Elaun Bulanan, Tidak Dapat eBelia Rahmah

M Update, 03/07/2023 – Bagi menjawab persoalan mengapa pelatih IPG tidak menerima bantuan eBelia Rahmah, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan bahawa mereka sudah menerima elaun bulanan sebanyak RM450.

Menurut beliau lagi, pelajar IPG tidak dapat kemudahan ini (eBelia Rahmah) kerana mereka diberikan elaun RM450 sebulan. Ia adalah elaun yang sebelum ini sudah diberikan ketika kerajaan sebelum ini, maka ia diteruskan. Manakala bagi pelajar IPT pula, tidak dapat kemudahan RM450 sebulan ini, maka sebab itu mereka diberikan bantuan RM200.

Oleh itu, beliau menegaskan supaya ahli politik yang membuat tuduhan tersebut menyemak fakta berhubung elaun pelajar IPG.

Pada masa sama, Ahmad menegaskan tiada sebarang penebusan tunai dibenarkan bagi inisiatif eBelia Rahmah itu, sekali gus meminta penerima berwaspada dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan menebus tunai bantuan berkenaan.

Ahmad Maslan juga mengingatkan para pelajar supaya tidak tertipu dengan tawaran atau iklan yang menyediakan perlhidmatan tebus tunai terutamanya di media sosial.

“Kredit RM200 ini tidak boleh ditebus tunai dan juga tidak boleh dipindah secara ‘peer to peer’. Saya harap pelajar dan belia tidak tertipu dengan tawaran ini, memang tidak boleh,” katanya.