Input your search keywords and press Enter.

Pentauliahan Agamawan, Ulama Bukan Kuasa PM

M Update, 17/07/2023 – Pemberian tauliah kepada tokoh agamawan dan ulama Islam di negara ini adalah di bawah perkenan Raja-Raja Melayu dan bukan kuasa Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun beliau mempunyai pelbagai kuasa namun dalam soal agama Islam, kuasa itu terletak pada Raja-Raja Melayu.

Menurut Perdana Menteri, urusan berkaitan dengan pentauliahan ini keputusan Raja-Raja Melayu. Beliau tidak mencampuri urusan siapa dapat tauliah, siapa tak dapat tauliah katanya lagi. Anwar berkata beliau sentiasa menghormati keputusan Raja-Raja Melayu walaupun pernah merayu untuk memberikan pentauliahan kepada beberapa ulama.

Walaupun Perdana Menteri mempunyai pelbagai kuasa, tetapi ada juga di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, ada Raja-Raja Melayu yang menetapkan. Tak perlu nak kecam Perdana Menteri. Kita perlu faham undang-undang yang telah ditetapkan.

Selain itu, Anwar berkata keputusan Raja-Raja Melayu adalah tidak mengizinkan masjid menjadi gelanggang politik sebaliknya ia hanya boleh digunakan untuk pendakwahan dan tazkirah.