M Update, 01/08/2023 – Nama Malaysia kini semakin baik serta dikenali di pentas dunia berikutan tatakelola dan mempunyai dasar serta kestabilan politik yang kukuh, ini sekali gus menarik pelaburan luar melabur di Malaysia.
Perkara itu dapat dibuktikan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk mahu berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat berkenaan di Cyberjaya tahun ini.
Ini merupakan satu penghormatan yang amat besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi MADANI, yang diamalkan oleh negara selain kepemimpinan telus Kerajaan Perpaduan.
Selain itu, apabila keadaan politik stabil, ramai pelabur luar kita tengok sudah mula datang ke Malaysia. Sebagai contoh minggu lalu sahaja Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, dah 49 tahun beliau tak datang, kalau datang pun sebab persidangan antarabangsa.
Manakala, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, dijadual mengadakan lawatan negara Khamis ini bagi membincangkan peluang pelaburan, turut menzahirkan azam baginda untuk meningkatkan lagi hubungan Brunei dan Malaysia ke tahap paling baik dalam sejarah.
Dari situ kita dapat lihat apabila politik negara stabil, maka ramai pelabur juga akan mula melabur di Malaysia dan tentunya ekonomi juga dapat berkembang dengan lebih gemilang. Ini dapat memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada anak-anak muda khususnya.