Input your search keywords and press Enter.

Atm Redah Banjir Usung Jenazah Warga Emas

M Update, 26/01/2024 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu menguruskan jenazah wanita warga emas selepas rumahnya dinaiki air lebih satu meter di Kampung Bukit Tadok, Kuala Berang, Terangganu.

Arwah Kelthom Mat, 84, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam. Para anggota terpaksa meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.

Penugasan ATM oleh Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dari Kem Seri Pantai, Kuala Nerus itu diketuai Mejar Shah Hadi Shah Budin.