Input your search keywords and press Enter.

Bas Pelancongan Dari Thailand Dibenarkan Masuk Ke Malaysia

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 13/05/2024 – Kerajaan Malaysia hari ini telah memeberi kebenaran untuk bas pelancongan dari Thailand memasuki semua negeri di Malaysia dengan syarat membuat permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kebenaran ini tidak hanya terhad kepada negeri yang berdekatan dengan Thailand sahaja. Peraturan ini terpakai kepada semua negeri termasuk Kuala Lumpur, bukannya negeri sempadan semata-mata seperti di Kedah dan Kelantan.

Walau bagaimanapun syarikat bas berkenaan perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang dan lokasi penginapan sebelum permit sementara dikeluarkan.

Selain itu, Kerajaan Malaysia juga menetapkan tiada had bagi bas pelancongan dari Thailand masuk ke Kelantan.

Manakala van pelancongan dari Thailand tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas. Ini kerana kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan akan mengambil penumpang menyebabkan industri pelancongan negara terjejas.