Input your search keywords and press Enter.

Banjir Pahang – Jumlah Mangsa Banjir Bertambah

M Update, 26/01/2024 – Seramai 468 mangsa daripada 202 keluarga yang terjejas banjir di Sungai Lembing, ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini. Semua mangsa kini berada PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing.

Peningkatan jumlah mangsa banjir itu susulan kawasan Sungai Lembing kembali dinaiki air, petang semalam.

Lewat malam tadi, seramai 305 mangsa daripada 131 keluarga berpindah ke PPS SMK Sungai Lembing yang menjadikan keseluruhan 468 mangsa daripada 202 keluarga.