Input your search keywords and press Enter.

Insiden Tembak KLIA – Mangsa Belum Sedarkan Diri

M Update, 15/04/2024 – Seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada Farah Md Isa atau Farah Cie, parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, masih belum sedarkan diri.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Farah Cie berkata, beliau masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan matanya.

Kejadian tembakan yang berlaku membabitkan seorang suspek lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah wanita yang merupakan isterinya, dan kini dipercayai sudah melarikan diri ke Utara.

Kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.