M Update, 29/01/2024 – 5 jalan di ibu kota akan ditutup secara berperingkat bermula jam 9.30 pagi Rabu, 31 Januari 2024 ini sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Iskandar.
Jalan yang ditutup ialah Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara dan Jalan Travers. Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang akan melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Sultan Abdul Halim.
Semua laluan berkenaan akan ditutup sementara dan dibuka semula secara berperingkat selepas selesai istiadat – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok.