Input your search keywords and press Enter.

46 Baki Tahanan Lolos Terus Diburu

M Update, 06/02/2024 – Polis masih memburu baki 43 tahanan yang lolos daripada Depot Imigresen Sementara Bidor selepas berjaya menahan semula 86 daripada mereka yang melarikan diri pada malam Khamis lalu.

Kesemua mereka adalah kumpulan 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri daripada depot berkenaan dengan dua daripada mereka meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika melarikan diri itu.

Seramai 86 tahanan sudah berjaya ditangkap, 2 tahanan meninggal dunia akibat terbabit kemalangan jalan raya manakala 43 tahanan lagi masih diburu sehingga kini.