Input your search keywords and press Enter.

Semua Untuk Rakyat

M Update, 06/02/2024 – Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengurangkan ketirisan dan meningkatkan tadbir urus, membolehkan kerajaan memperkasakan bantuan kepada rakyat.

Usaha ini dapat dilihat dengan peningkatan mendadak pelbagai bantuan kepada rakyat antaranya seperti insentif kepada pekebun getah, pesawah padi, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Ini termasuk kejayaan melaksanakan beberapa program seperti penyasaran subsidi elektrik serta pengapungan harga ayam dan ini semua membantu kita dapat hasil yang lebih baik.

Antara peningkatan yang dapat dilihat ialah kenaikan kadar skim subsidi harga padi sebanyak RM500 pada 2023 berbanding RM360 tahun sebelumnya, manakala harga lantai belian padi ditambah sebanyak RM100 menjadi RM1,300 berbanding RM1,200 pada 2022.

Peruntukan bantuan tunai menerusi STR turut meningkat kepada RM10 bilion tahun ini berbanding RM8 bilion pada tahun lalu yang memanfaatkan sembilan juta penerima.

Selain itu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diperluas kepada semua pelajar dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 dan telah diagihkan pada Januari lalu untuk bantuan persediaan persekolahan anak-anak.

Dengan adanya insentif, bantuan serta subsidi yang diberikan ini dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat memandangkan kos hidup sekarang semakin meningkat.