M Update, 21/02/2024 – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari pada bermula hari ini sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.
Semua majlis rasmi yang melibatkan acara-acara hiburan hendaklah ditangguhkan selain bendera Ibu Pertiwi hendaklah dikibarkan separuh tiang.
Turut dikibarkan separuh tiang, bendera Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi yang terletak bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.