Input your search keywords and press Enter.

Perkukuh Perundangan Syariah Di Malaysia

M Update, 21/02/2024 – Kerajaan akan menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini. Proses penubuhan JPSM kini dalam peringkat perbincangan.

Moga JPSM ini dapat dihasilkan dan keseluruhan ekosistem perundangan syariah diperkukuhkan.

Kerajaan terus komited melaksanakan pemerkasaan perundangan syariah secara sistematik dan teratur termasuk menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Selain itu, inisiatif penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) juga merupakan komitmen kerajaan untuk mempertingkat pengetahuan, kemahiran dan kapasiti di mahkamah syariah.