Input your search keywords and press Enter.

Kembalikan GST, Elak Cukai Baru

M Update, 22/02/2024 – Kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kembali beberapa dasar yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sebelum ini seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), berbanding memperkenalkan dasar baharu yang seolah-olah berupaya membebankan rakyat.

Kerajaan Perpaduan boleh meneruskan dasar yang satu ketika dahulu dikritik dan dimaki hamun, kerana dasar terdahulu itu terbukti boleh membawa kebaikan kepada rakyat.

“Daripada cukai cukai barangan bernilai rendah (LVG), cukai barang mewah, peningkatan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan cukai keuntungan modal, pelaksanaan e-invoicing dan sebagainya, saya rasa guna balik GST dengan penambahbaikan dalam sistem input dan pengurangan kadar GST. Tak salah kalau kita guna balik dasar lama asalkan untuk kepentingan rakyat dan negara,” – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Harus diingatkan bahawa polisi yang membebankan rakyat harus dilaksanakan melalui kajian saintifik, berfasa dan bukannya secara spontan.

Semua pihak harus mengetepikan segala fahaman politik dalam mencari penyelesaian terbaik untuk membantu rakyat.