Input your search keywords and press Enter.

Teknologi AI Atasi Banjir

M Update, 22/02/2024 – Malaysia bakal mengaplikasikan beberapa kaedah baharu yang digunakan oleh Jepun dalam pengurusan bencana di negara, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan data raya bagi mengatasi masalah banjir.

Pendekatan itu dilihat berkesan dalam menangani isu bencana alam, terutama dalam jangka panjang. Usaha itu akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Untuk mengatasi masalah banjir ini bukan sahaja mengenai soal kebajikan kepada mangsa banjir tetapi soal bagaimana pengairan, pengaliran dan juga tebatan banjir harus dilakukan bersama-sama teknologi yang baru.