Input your search keywords and press Enter.

Pengebumian Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud Hari Ini

M Update, 22/02/2024 – Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, akan berlangsung hari ini.

Istiadat di Atrium DUN Sarawak itu berlangsung dari jam 8 hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif-dif kenamaan dan ahli Kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri berkenaan.

Selepas itu, solat jenazah akan diadakan di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham, disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.