Input your search keywords and press Enter.

RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023

M Update, 13/03/2024 – Kerajaan dalam usaha mewujudkan kawal selia yang ketat dalam memastikan kepentingan sesebuah negara dan rakyatnya dipelihara daripada tuntutan pihak luar yang tidak bertanggungjawab bagi mengeksploitasi perundangan.

Tindakan pembiaya litigasi pihak ketiga yang tidak beretika, berisiko memberi ancaman serius terhadap kedaulatan dan negara. Atas dasar itu Rang Undang-Undng (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 yang akan dibentang bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Rakyat kali ini, boleh mengawal selia kekebalan itu – Datuk Seri Azalina Othman Said

RUU yang akan diperkenalkan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia ini akan menerima pakai undang-undang adat antarabangsa (customary international law).

Ini kerana meskipun peranan mereka membantu pihak yang tidak mampu mendapatkan keadilan tidak boleh dinafikan, namun ketiadaan suatu kerangka kawalan membolehkan mereka mengeksploitasi tuntutan perundangan yang remeh ataupun palsu.

Sebelum ini, United Tausug Citizens (UTC) membuat tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) ke atas Sabah, yang menyamai 16 peratus Belanjawan Negara.

Namun Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai UTC yang mendakwa sebagai ‘penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah.

Tanpa kawal selia dan sistem pemantauan yang kukuh, tindakan pihak tidak beretika ini boleh menggugat keselamatan sesebuah negara. Tindakan ini bukan sahaja menggugat integriti sistem perundangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara secara keseluruhan.

Dalam hal ini, kawal selia yang ketat adalah wajar diwujudkan dalam memastikan kepentingan sesebuah negara dan rakyatnya sentiasa dipelihara.