Input your search keywords and press Enter.

Kestabilan Politik Tarik Ramai Pelabur

M Update, 13/03/2024 – Kestabilan politik Malaysia menjadi antara faktor mendorong keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan pelabur terhadap Malaysia.

Kestabilan politik penting untuk pelabur dan daripada pertemuan beliau dengan pemimpin perniagaan dan kapten industri Jerman, Malaysia menerima sokongan dan pengiktirafan mengagumkan dengan pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion – DS Anwar Ibrahim

Isnin baru ini, DS Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya di Jerman, Canselor Olaf Scholz. Kedua-dua pemimpin itu membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman, terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar, eksport minyak sawit dan kelestarian di samping bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan di Palestin.

Malaysia mencatatkan pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion semasa lawatan di Jerman. Pelaburan berpotensi itu hadir daripada pelbagai industri seperti semikonduktor, aeroangkasa, peranti perubatan, kimia dan perkhidmatan.

Semua itu adalah mungkin dengan disokong oleh kestabilan politik yang dimiliki Malaysia dan kestabilan politik adalah penting bagi kalangan pelabur.

Jerman menjadi rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak 2000, manakala Malaysia adalah rakan dagang terbesar Jerman daripada kalangan negara anggota Asean.