Input your search keywords and press Enter.

Lawatan Rasmi Di Jerman Berjaya – Hasil Kerjasama Semua

M Update, 18/03/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasminya ke Jerman sebagai luar biasa dan terbaik yang pernah dicatatkan berbanding sebelum ini.

Sambutan luar biasa yang diberikan sepanjang enam hari lawatan beliau itu menjadi bukti kejayaan semangat kerjasama berpasukan yang ditonjolkan penjawat awam.

PM kita berjumpa beberapa pelabur yang besar, yang bersetuju untuk melabur segera, jadi pandangan mereka ke atas dasar kerajaan, pimpinannya, penjawat awam amat positif.

“Saya nak ambil peluang ini menyatakan kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) bahawa saya bangga, berkhidmat dengan penjawat awam yang semangat sedemikian kerana kesannya, sambutannya luar biasa, saya tidak menambah, boleh tanya menteri yang mengiring,” – Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim