Input your search keywords and press Enter.

Isu Stoking – Tindakan Tegas Perlu Diambil!

M Update, 19/03/2024 – Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) sekiranya terbukti berlaku unsur kecuaian dalam kes penjualan stoking tertera kalimah Allah kerana ia melibatkan sensitiviti 3R (bangsa, agama dan raja).

Tindakan yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.

Perkara seperti ini bukan pertama kali, ia pernah berlaku sebelum ini oleh itu masyarakat Malaysia mengambil pendekatan memahami dan mengetahui tentang perkara yang dibenarkan atau dilarang dalam sesebuah agama.

Perlembagaan kita sendiri menjunjung kebebasan seseorang untuk menganut agama, namun agama Islam telah diberi satu kedudukan yang tinggi dalam agama di bawah Perkara 3 (1) dan agama lain dapat diamalkan dengan aman dan damai.

Insiden seperti ini tidak seharusnya berlaku tambahan pula umat Islam kini berada dalam bulan Ramadan yang mulia.