Input your search keywords and press Enter.

Keputusan STAM 2023 Pada 26 Mac 2024

M Update, 19/03/2024 – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024 ini (Selasa) – Kementerian Pendidikan (KPM).

Semua calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Selain itu, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula pukul 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang, 1 April 2024.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April 2024, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.