Input your search keywords and press Enter.

Pesawat Blackshape Digantung Operasi Mulai Hari Ini

M Update, 20/03/2024 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua operasi penerbangan membabitkan pesawat Blackshape model BS 115, BK 160, BK 60-200 dan BK 160TR dalam ruang udara Malaysia, berkuat kuasa hari ini.

Penggantungan ini selaras dengan Arahan Kelayakan Udara Kecemasan (EAD) (AD No.: 2024-0074-E) yang dikeluarkan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) iaitu pihak berkuasa bagi pembuatan pesawat berkenaan semalam (18 Mac 2024) untuk menggantung operasi penerbangan semua pesawat Blackshape, termasuk semua nombor siri berkuat kuasa hari ini, 20 Mac 2024.

Ini disebabkan kemalangan maut membabitkan pesawat Blackshape baru-baru ini, yang telah meningkatkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan.