Input your search keywords and press Enter.

Kemaskini PADU Sekarang

M Update, 20/03/2024 – Ada kemungkinan individu yang tidak mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan.

Hingga 12 Mac 2024, PADU telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif. Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

Kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan usaha mendaftar dalam sistem PADU. Sehingga 31 Mac 2024 ni hanya sekali sahaja dibenarkan kemaskini data PADU.

Pendaftaran PADU tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas dan setakat semalam hampir 6.03 juta atau 27.4 peratus warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar sistem tersebut.