Input your search keywords and press Enter.

Pintu Sempadan Padang Besar Dicadang Buka Hingga 12 Tengah Malam

M Update, 20/03/2024 – Kerajaan Perlis akan mengusulkan cadangan pintu sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, dapat beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam berbanding setakat pukul 10 malam sahaja pada masa ini, kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Cadangan melanjutkan tempoh operasi pintu sempadan negara di Padang Besar dan Wang Kelian itu, adalah sebagai usaha untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Perlis selain merancakkan sekor pelancongan di negeri itu bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Selain itu, kerajaan Perlis turut akan mengesyorkan supaya pintu sempadan Malaysia-Thailand di ICQS Wang Kelian dekat sini, dapat dibuka sehingga pukul 8 malam berbanding hanya setakat pukul 7 malam ketika ini.