Input your search keywords and press Enter.

Op Taring Catat RM17.2 juta Nilai Rampasan

M Update, 21/03/2024 – Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan berjaya merekodkan nilai rampasan sebanyak RM17.2 juta sejak Januari lalu sehingga kelmarin. Nilai rampasan berkenaan membabitkan 360 kes keseluruhan.

Selain rampasan, sebanyak 340 kes tangkapan dilakukan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sepanjang tahun lalu pula, nilai keseluruhan rampasan lebih RM119 juta membabitkan 1,252 kes dan 1,741 tangkapan turut dilakukan.

PGA sentiasa memperketatkan kawalan sempadan menerusi pelbagai kaedah bagi mengekang/mengurangkan kegiatan penyeludupan khususnya dadah dan PATI