Input your search keywords and press Enter.

Isu Stoking : Kertas Siasatan Selesai

M Update, 22/03/2024 – Polis sudah melengkapkan dua kertas siasatan membabitkan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan syarikat kilang pengedar yang mengimport stoking yang tertera kalimah Allah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Siasatan polis sudah selesai dan dua kertas siasatan yang lengkap sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), semalam. Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada AGC berhubung tindakan seterusnya.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang–Undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Diharapkan orang ramai yang terbeli stoking tersebut tidak memakainya, dan boleh tampil membuat laporan polis serta menyerahkan stoking itu kepada pihak polis