Input your search keywords and press Enter.

Malaysia & Thailand Kukuhkan Kerjasama

NEW YORK, 22 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin ketika mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 hari ini. –fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

M Update, 22/03/2024 – Malaysia mengukuhkan lagi kerjasama dengan Thailand dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berharap dan menanti untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam bidang lain.

Kementerian Luar juga akan membantu (Thailand) bagi memastikan kerjasama antara ASEAN serta hubungan dua hala dengan negara jiran Malaysia diperkukuhkan.

Thailand adalah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah dagangan RM113.16 bilion (AS$24.83 bilion) dicatatkan pada 2023.

Selain Thailand, Malaysia juga bekerjasama dengan Singapura dalam melengkapkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dengan perjanjian bersama antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini.