Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Sedang Giat Menghasilkan 2 Jenis Vaksin Covid-19 Tempatan

Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Baru sebentar tadi Menteri Kesihatan kita telah mengumumkan bahawa negara sedang dalam usaha untuk menghasilkan bukan sahaja satu, malah dua vaksin tempatan bagi memerangi pandemik Covid-19. Jika Amerika Syarikat melalui Pfizer dan Moderna telah membeli vaksin jenis utusan asid ribonukleik mRNA milik syarikat BIONTech manakala AstraZeneca berusahasama dengan Oxford dari United Kingdom untuk vaksin jenis viral vektor, Malaysia bakal membangunkan 2 jenis vaksin iaitu mRNA dan vaksin nyahaktif (inactivated vaccine) seperti Sinovac dari China.

Sudah tentulah berita ini amat dialu-alukan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana kita sememangnya yakin dengan kemampuan penyelidik tempatan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan sudah pastilah vaksin yang bakal dihasilkan akan lebih mudah,murah, diyakini halalan toyibban serta sesuai untuk penggunaan rakyat Malaysia. Paling penting sekali Malaysia bakal menyertai negara-negara maju yang telah mampu menghasilkan vaksin sendiri. Ini adalah usaha yang sangatlah membanggakan negara dan sebagai rakyat kita haruslah menyokong segala usaha murni yang dibuat oleh negara kita.

Walaupun nanti confirm akan ada rakyat yang mengecam berita ini tapi kita biarkan sahajalah mereka dengan labu-labunya. Puak menghabiskan beras ni memang tidak wajar dilayan sebab sudah sebati dalam diri mereka untuk mengkritik bagai tin kosong tapi habuk pun takdak. Nak hasilkan vaksin ni bukannya satu kerja yang mudah. Malah penyelidik dari barat pun ambil masa setahun lebih untuk membuat formulasi vaksin yang selamat dan berkesan. Banyak fasa yang harus dilalui dari penyelidikan, pra-klinikal, klinikal, review dan banyak lagi. Oleh itu, janganlah kita memperlekeh usaha kerajaan untuk menyelamatkan dan memulihkan negara tercinta ini ye.

Kalau kita mampu untuk memberi kerjasama kepada kerajaan untuk program pemberian vaksin kebangsaan, maka kita seharusnya mengalu-alukan penyelidikan dan pembuatan vaksin tempatan milik negara kita sendiri. Dan bayangkan juga kalau vaksin kita mampu dieksport ke luar negara untuk kegunaan rakyat negara lain juga? Fuh, memang mantul!

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update