M Update, 25/03/2024 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan sekiranya terdapat keperluan berikutan fenomena cuaca panas dan kurang hujan yang melanda negara ketika ini.
Aset TUDM sentiasa berada dalam keadaan siap sedia jika diperukan untuk proses pembenihan awan dilakukan.
Namun perlu kita tahu, proses pembenihan awan ini mengambil kira faktor cuaca semasa juga seperti keadaan awan, angin dan sebagainya baharulah proses itu boleh dilakukan.