Input your search keywords and press Enter.

Serangan Siber – Jangan Panik!

M Update, 01/04/2024 – Sepertiyang kita semua tahu, serangan siber menerusi pelbagai platform bukanlah perkara baharu terutamanya apabila sistem jaringan telekomunikasi digital semakin maju.

Rakyat tidak perlu panik dengan peningkatan serangan siber yang berlaku setiap hari kerana kerajaan mempunyai beberapa agensi khususnya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang sentiasa memantau perkara berkenaan. Sebab itu kerajaan mewujudkan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber.

RUU ini bertujuan mempertahankan infrastruktur kritikal negara termasuk pusat data, hospital, sistem perbankan dan komunikasi. Semua ini merupakan aset keselamatan yang sangat penting buat negara.

Diharapkan masyarakat terus kekal tenang selain memberi kepercayaan dan keyakinan kepada agensi keselamatan negara termasuk Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara berhubung ancaman berkenaan.