Input your search keywords and press Enter.

3 Empangan Di Johor Kritikal

M Update, 02/04/2024 – Paras takungan air di 3 empangan di Johor dikesan menghampiri paras kritikal berikutan cuaca panas sejak bulan lalu dan mampu bertahan sehingga 55 hari sekiranya tiada hujan sehingga 30 April 2024.

3 empangan yang mencatatkan penurunan itu adalah Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di daerah Segamat dan Empangan Machap di Simpang Renggam.

Jika sehingga 30 April ini tiada hujan di kawasan empangan itu, dijangkakan ada tempoh 55 hari lagi untuk digunakan – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Terdapat cadangan untuk pembenihan awan, tetapi peratus berjaya itu kurang kerana ia tidak dapat dikawal (hujan) di empangan. Buat masa ini, belum ada cadangan untuk buat catuan dan sebagainya.