Input your search keywords and press Enter.

Banjir Melaka – Tiga PPS Dibuka

M Update, 15/04/2024 – Seramai 122 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka setakat 8 pagi ini susulan banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Antara kawasan terjejas di daerah Alor Gajah ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melaka, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal.

Antara kawasan yang terjejas di Melaka Tengah adalah Kampung Sungai Putat, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Enam.

Hujan lebat sejak 4 petang semalam telah menyebabkan air sungai melimpah di kawasan perumahan dan jalan raya.