Input your search keywords and press Enter.

Ketatkan Keselamatan Di KLIA

M Update, 16/04/2024 – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah perlu untuk mengetatkan aspek keselamatan di lapangan terbang di Malaysia.Ia susulan insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang berlaku awal pagi kelmarin.

Sebarang perubahan prosedur operasi standard (SOP) memerlukan perbincangan lanjut antara pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Sebarang perubahan memerlukan perbincangan lanjut. Kita akan dapatkan nasihat PDRM untuk tingkatkan aspek keselamatan di lapangan terbang” – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Berhubung penggunaan pengimbas di pintu masuk lapangan terbang, ia belum diputuskan kerana setiap tindakan memerlukan perbincangan antara MAHB dan PDRM.

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memberi ruang kepada MAHB dan PDRM berbincang kerana ia membabitkan perubahan operasi di lapangan terbang.